Saya sangat gembira kerana anda menemukan laman web kami. Saya dan isteri menyambut kamu dengan salam dari Tuhan dan Penyelamat kita Yesus Kristus. Jika kamu adalah ahli gereja, kami bersyukur kepada Tuhan untuk kamu. Kehadiran dan penyertaan anda di setiap kebaktian hujung minggu serta pelayanan adalah berkat terbesar bagi gereja kami. Jika kamu baru di FCC, kami menjemput anda untuk datang dan katakan ‘Hai’ kepada kami. Beri kami kesempatan untuk mengenali anda. Jika kamu berada di sini dalam tempoh yang lama, berikan kami peluang untuk membantu anda untuk hidup dan menyesuaikan diri di kota yang sibuk ini. Komitmen kami sebagai sebuah gereja adalah untuk memastikan tempat ini dijadikan rumah bagi mereka yang jauh dari kampung halaman. Kami percaya di masa akan akan datang, anda akan melihat kami sebagai sebahagian dari keluarga anda.
Reverend Philip