Pelayanan & Kelompok Sel

Zon BM

Pelayanan BM

Zon BM adalah jemaat yang terdiri daripada orang-orang Sabah, Sarawak dan Toraja yang berbahasa Melayu. Kita bersedia untuk melayani apa pun lapisan umur dan sesiapa sahaja pengguna bahasa Melayu. Kita berkomitmen untuk mengongsikan Yesus dan menyentuh hidup melalui pemuridan yang sentiasa bertumbuh dalam kasih kepada Tuhan dan sesama.

FAITH KANAK-KANAK

Kanak-kanak 4-12 tahun berkumpul memuji Tuhan dan eksplorasi alkitab bersama-sama. Persekitaran menyeronokkan membangun iman si kecil dan membentuk karakter yang menyenangkan Tuhan.

FAITH MUDA-MUDI

Pertemuan muda-mudi berumur 13-17 tahun untuk menyediakan suasana yang membentuk kerohanian dan kepimpinan melalui pelayanan satu sama lain yang sentiasa bertumbuh dalam kasih kepada Tuhan dan sesama.

MEZBAH DOA

Membangun doa di kalangan jemaat dan membina hubungan intim dengan Tuhan; menyatakan hasrat kepada Allah melalui doa dan permohonan, dan mengucap syukur.