Pesanan

Pesanan Paderi & Khutbah

Pastor's Message

Kita akan memulakan siri khutbah berdasarkan buku Pengkhutbah dalam alkitab. Soalan utama dalam buku ini ialah, “Apakah makna kehidupan?” Naratif berkata bahawa penulis buku ini sangat kaya dan berkuasa serta memiliki semua yang manusia inginkan. Dia sangat bijak dan mempunyai pengalaman hidup yang baik. Dia telah mencapai semua yang kita inginkan. Ianya mungkin mengejutkan bagi kita apabila dia menyimpulkan kehidupan ini seakan-akan tiada makna, seperti menjaring angin.

Kita mungkin merasakan bahawa kehidupan ini sungguh indah. Anda telah melakukan yang terbaik dalam pelajaran anda dan kini mempunyai pekerjaan yang baik. Prospek kerjaya anda tampak cerah. Anda juga mempunyai perhubungan dengan seseorang yang mengasihi anda. Anda memiliki semuanya. Namun ada masanya kita akan diuji dan kita perlu tetap teguh ketika mengalami ujian.

Pandangan saya terhadap kehidupan berkait rapat  dengan konsep dan hasil daripada penciptaan. Jika anda ingin mengetahui fungsi sesuatu ciptaan, tanyalah kepada orang yang menciptanya. Kita hanya akan menjumpai makna dan tujuan apabila kita kembali kepada Tuhan yang Menciptakan. Dia menciptakan kita. Kita ialah ciptaan-Nya.

“Kerana Engkau telah membentuk bahagian-bahagian dalamku; Engkau melindungiku di dalam rahim ibuku. Aku akan memuji-Mu, kerana aku dicipta dengan mengagumkan dan menakjubkan; sungguh menakjubkan ciptaan-Mu, dan ini amat diketahui oleh jiwaku.” Mazmur 139:13-14 (AVB)

Ketika kita belajar dari buku Pengkhutbah, kita akan menjumpai makna kewujudan dan makna sebenar kehidupan. Dalam waktu yang tidak menentu ini, bawalah ahli sel anda untuk menggali kebenaran firman Tuhan. Bersama-sama kita akan bertumbuh dalam pengenalan akan jalan-Nya. Bersama-sama kita akan membina hari-hari hanyalah untuk Yesus!

 

Sermon

PENGKHUTBAH

Pengkhutbah 1:1-11, Markus 10:17-31

1. Kesia-siaan semata-mata! Segala-galanya hanya sia-sia

Pengkhutbah 1:2 Kesia-siaan semata-mata, kata Pengkhutbah, kesia-siaan semata-mata, segala-galanya hanya sia-sia.

2. Kebodohan

Pengkhutbah 1:3-11. (AVB) Apa keuntungan yang diperoleh manusia atas segala jerih payahnya. Keturunan terus silih berganti. Matahari terbit dan terbenam. Bertiup angin ke selatan dan berputar pula ke utara. Semua sungai mengalir ke laut, namun laut tidak pernah penuh. Segala sesuatu meletihkan. Tiada apa-apa pun yang baru di bawah matahari. Tiadalah kenangan tentang perkara yang lampau.

Pengkhutbah 4:1 (AVB) Telah aku lihat segala perbuatan yang dilakukan orang di bawah matahari, dan lihatlah, betapa segala-galanya semata-mata kesia-siaan bagaikan usaha menjaring angin.

Pengkhutbah 3:1 (AVB) Bagi segala sesuatu ada musim.

Pengkhutbah 7:1 (AVB) Hari kematian lebih baik daripada hari kelahiran.

Pengkhutbah 8:8 (AVB) Tiada istirahat dalam peperangan sebagaimana kefasiqan tidak menyelamatkan orang yang melakukan kefasiqan.

Pengkhutbah 9:5 (AVB) Mereka yang hidup tahu bahawa mereka akan mati, tetapi orang yang mati tidak mengetahui apa-apa lagi dan tiada upah bagi mereka, bahkan sudah lenyap kenangan terhadap mereka.


Questions for Application

1. Adakah anda setuju dengan pernyataan Pengkhutbah bahawa hidup ini sia-sia? Apakah satu perkara dalam hidup anda yang membuatkan hidup anda berharga?

2. Kongsikan satu perkara yang pasti dalam hidup kita yang akan dihadapi kelak?. Apakah keutamaan dalam hidup kita yang memastikan bahawa kehidupan kita bermakna?

  • Sermon Date: October 10, 2021
  • Date Posted: October 8, 2021
  • God's Words: Download

Pastor's Message

Saya mengucapkan Selamat Hari Kanak-kanak kepada semua kanak-kanak. Setiap kali saya melihat kanak-kanak, ia mengingatkan saya apabila kita mempunyai anak, kita mempunyai masa depan yang cerah.

Kanak-kanak, hormatilah ibu bapa kamu. Mereka telah memberikan yang terbaik berdasarkan apa yang telah mereka belajar dari pengalaman hidup. Mereka telah bekerja keras dan berusaha untuk memberikan anak-anak pembelajaran dan kehidupan yang baik.

Ajarlah anak-anakmu dengan baik. Anak-anak kita akan menjadi lebih baik dan bijak daripada kita. Ketika mereka masih kecil, mereka perlu dibawa untuk mengenali Yesus. Takut akan Tuhan adalah permulaan hikmat.

Yesus berkata kepada murid-murid-Nya, “Biarkan kanak-kanak kecil itu datang kepada-Ku; jangan larang mereka, kerana orang seperti itulah yang empunya kerajaan syurga.” Matius 19:14 AVB

Tunjukkan kepada mereka jalan yang benar apabila mereka dewasa, agar mereka tidak menyimpang dari jalan Tuhan.

“Ketahuilah, anak-anak ialah warisan daripada Tuhan, hasil daripada rahim adalah suatu ganjaran.” Mazmur 127:3 AVB. Apabila kita melabur dalam kehidupan anak-anak kita, mendisiplinkan mereka bagi membetulkan kesilapan mereka, mereka akan bertumbuh seperti Yesus Kristus. Mereka akan bertumbuh dengan baik dan disukai oleh Tuhan dan manusia.

Sermon

DOKSOLOGI

Roma 16:25-27, Markus 9:38-49

1. Kuasa Allah

Roma16:25 (AVB) Sekarang, kepada Dia yang berkuasa meneguhkan kamu menurut Injil.
Roma 1:16 (BM) Paulus berkata, Aku yakin dengan sepenuhnya bahawa Berita baik itu kuasa Allah yang menyelamatkan semua orang.
2 Korintus 11:23b-28

2. Injil Yesus Kristus

Roma 16: 25b-6a (AVB) Allah berkuasa meneguhkan kamu menurut Injil yang kusampaikan dan perkhabaran tentang Yesus Kristus, menurut pernyataan rahsia yang tersembunyi sejak permulaan dunia 6tetapi kini telah dinyatakan.
1 Korintus 15:3-5 (AVB) Aku telah menyampaikan kepadamu hal-hal utama, yang telah kuterima sendiri bahawa Kristus telah mati untuk menebus dosa kita, sebagaimana tersurat dalam Kitab Suci; bahawa Dia telah dikuburkan, dan telah dibangkitkan pada hari yang ketiga, sebagaimana yang tersurat dalam Kitab Suci.

3. Penginjilan Bangsa-bangsa

Romans 16:26 (AVB) Tetapi kini telah dinyatakan, dan melalui nubuat-nubuat dalam kitab suci telah disampaikan kepada semua bangsa, menurut perintah Allah yang kekal, supaya mereka dibawa mentaati iman.

4. Pujian bagi kebijaksanaan Allah

Roma 16:27 (AVB) Kepada Allah sahaja, yang penuh bijaksana, segala kemuliaan melalui Yesus Kristus selama-lamanya. Amin.


Questions for Application

1. Kongsikan apakah cara yang dicadangkan oleh Paulus untuk mengongsikan Injil? Buatlah rancangan bersama-sama bagaimana anda memberitakan berita baik ini.

2. Pada pendapat anda, apakah Paulus berjaya mencapai tujuan penulisannya? Nyatakan satu perkara yang anda belajar dan melakukannya daripada surat Roma ini

  • Sermon Date: October 3, 2021
  • Date Posted:
  • God's Words: Download

Pastor's Message

Walaupun kita telah diberi kebenaran untuk membuka semula ibadah fizikal dan tertakluk kepada SOP yang dikeluarkan oleh kerajaan, saya juga telah meminta pendapat para pemimpin waktu yang sesuai untuk melaksanakannya. Hal yang perlu dititikberatkan ialah keselamatan jemaah kita yang mudah terdedah kepada virus ini. Saya sedar bahawa kita rindu untuk bersekutu secara fizikal, namun saya telah mengambil keputusan untuk meneruskan ibadah secara dalam talian untuk beberapa waktu lagi. Setiap kelompok sel digalakkan untuk meneruskan persekutuan secara dalam talian.

Saya mendorong kepada semua untuk mempertingkatkan dan memperluaskan lagi penggunaan media sosial.  Marilah kita menggunakan media sosial untuk melayani diantara satu sama lain. Kita boleh terus hidup seperti yang terdapat di dalam Kisah Para Rasul 2:42 melalui Zoom atau Google Meet-  Mereka berpegang teguh pada pengajaran para rasul, dan pada persaudaraan, pembahagian roti dan doa. Marilah kita menggunakan teknologi ini untuk penginjilan yang berkesan. Musim ini sesungguhnya sangat mencabar. Tetapi Tuhan telah membuat kita lebih dari pemenang.

Saya menyeru kepada semua jemaah untuk menyokong dan menyumbang kepada usaha ini. Kita boleh menggunakan skil dan kepakaran kita untuk menanam kehidupan sesebuah gereja. Bagi mereka yang mahir menggunakan teknologi, anda boleh membantu mereka yang tidak mahir agar mereka juga boleh menggunakan teknologi yang ada dengan baik. Kita semua haruslah belajar bersama-sama untuk menjadi kuat. Tetapi satu hal yang kita boleh lakukan bersama-sama ialah berdoa untuk gereja kita. Semoga Tuhan memimpin dan membimbing kita untuk melayani komuniti pada musim ini!

Sermon

AKU MEMINTA KEPADAMU

Roma 16:17-20, Markus 9:38-50

1. Berwaspadalah

Roma16:17a Saudara-saudaraku, aku meminta kepadamu, berwaspadalah terhadap mereka yang menimbulkan perpecahan dan menyesatkan orang daripada ajaran yang telah kamu terima.

2. Berpaling

Roma16:17b Berpalinglah daripada mereka
Filipi 3:19 Kesudahan mereka adalah kebinasaan, tuhan mereka adalah perut mereka, kemuliaan mereka adalah dalam keaiban mereka. Mereka menumpukan fikiran kepada perkara dunia.

3. Menjadi bijak

Roma16:19b Aku mahu kamu bijak dalam kebaikan serta bersih daripada kejahatan.
1 Korintus 14:20 Saudara-saudaraku! Janganlah kamu menjadi kanak-kanak dalam akal fikiranmu. Berhubungan hal kejahatan, memang kamu harus menjadi kanak-kanak, tetapi akal fikiranmu hendaklah matang.
Matius 10:16 “Dengarlah, Aku mengutus kamu seperti domba ke tengah-tengah serigala. Hendaklah kamu bijak seperti ular dan tulus seperti merpati.
Roma 13:12 Malam sudah hampir berlalu, dan siang hampir tiba. Oleh itu, lucutkanlah segala kerja kegelapan dan kenakan kelengkapan senjata cahaya.


Questions for Application

1. “Kasih kurnia Tuhan kita Yesus Kristus menyertai anda.” Kongsikan kesaksian tentang kasih kurnia Tuhan dalam kehidupan kita.

2. Pernahkah anda bertanya kepada Tuhan – “Berapa lama lagi Tuhan? Berapa lama lagi sehingga kemenangan datang?” Kongsikan “pergelutan” yang berlaku dalam hidup anda.

3. Kongsikan bagaimanakah cara kita boleh bertumbuh dalam kepekaan — bagaimana menjadi bijak tentang yang baik dalam kebaikan serta bersih daripada kejahatan.

  • Sermon Date: September 26, 2021
  • Date Posted: September 25, 2021
  • God's Words: Download

Pastor's Message

Raja Yosafat merupakan salah satu daripada dua orang raja Yehuda yang baik. Pada mulanya dia memuliakan dan mentaati Tuhan, dia berjaya dalam semua yang dilakukannya. Namun, dia telah melakukan sesuatu yang telah membawa kepada kejatuhannya.

Apakah keputusan yang harus kita ubah bagi mengelakkan kita jatuh secara rohani?

Kita harus melihat bagaimanakah kita membelanjakan wang kita. Dimanakah kita membelanjakan sebahagian besar dari pendapatan kita menunjukkan apakah keutamaan kita. Alkitab mengatakan, dimana harta kita berada disitu hati kita.

Yang lain mengatakan dimanakah kita meluangkan sebahagian besar dari masa kita. Apa atau dimana atau siapakah keutamaan kita?

Kita perlu bekerja keras. Tetapi buka dengan cara mengorbankan pertumbuhan rohani kita dengan Tuhan. Pertanyaan lain mungkin, “Berapa besarkah saya mengenali Tuhan? Adakah Dia keutamaan dalam hidup saya?

Jangan kasihi dunia ini atau sesuatu di dalamnya. Jika seseorang mengasihi dunia ini, maka kasih terhadap Bapa tidak ada dalam dirinya. Segala yang ada di dunia ini – keinginan nafsu dan mata, serta segala keangkuhan hidup – bukanlah daripada Bapa tetapi daripada dunia. Dunia dan segala hawa nafsu yang ada di dalamnya sedang lenyap, tetapi orang yang melakukan kehendak Allah akan kekal selama-lamanya. 1 Yohanes 2:15-17 (AVB)

Utamakanlah kerajaan Allah serta perbenaran-Nya; dan semuanya itu akan diberikan kepadamu. Matius 6:33 (AVB)

Biarlah firman Tuhan memimpin terang dalam hidup kita. Apabia kita membenarkan firman-Nya memimpin keputusan kita, kita akan mempunyai kompas rohani yang akan membimbing jalan kita bersama Tuhan.

 

Sermon

IMAN APA?

Roma 15:14-22, Yohanes 4:46-54

1. Krisis atau Kristus

Yohanes 4:46-47 Maka Yesus kembali lagi ke Kana di Galilea, di mana Ia membuat air menjadi anggur. Dan di Kapernaum ada seorang pegawai istana, anaknya sedang sakit. Ketika ia mendengar, bahwa Yesus telah datang dari Yudea ke Galilea, pergilah ia kepada-Nya lalu meminta, supaya Ia datang dan menyembuhkan anaknya, sebab anaknya itu hampir mati.

Matius 8:23-27 Lalu Yesus naik ke dalam perahu dan murid-murid-Nya pun mengikuti-Nya. Sekonyong-konyong mengamuklah angin ribut di danau itu, sehingga perahu itu ditimbus gelombang, tetapi Yesus tidur. Maka datanglah murid-murid-Nya membangunkan Dia, katanya: “Tuhan, tolonglah, kita binasa.” Ia berkata kepada mereka: “Mengapa kamu takut, kamu yang kurang percaya?” Lalu bangunlah Yesus menghardik angin dan danau itu, maka danau itu menjadi teduh sekali. Dan heranlah orang-orang itu, katanya: “Orang apakah Dia ini, sehingga angin dan danau pun taat kepada-Nya?”

2. Keyakinan atau Kristus

Yohanes 4:48-49 Maka kata Yesus kepadanya: “Jika kamu tidak melihat tanda dan mujizat, kamu tidak percaya.” Pegawai istana itu berkata kepada-Nya: “Tuhan, datanglah sebelum anakku mati.”

Matius 8:5-13 Ketika Yesus masuk ke Kapernaum, datanglah seorang perwira mendapatkan Dia dan memohon kepada-Nya: “Tuan, hambaku terbaring di rumah karena sakit lumpuh dan ia sangat menderita.” Yesus berkata kepadanya: “Aku akan datang menyembuhkannya.” Tetapi jawab perwira itu kepada-Nya: “Tuan, aku tidak layak menerima Tuan di dalam rumahku, katakan saja sepatah kata, maka hambaku itu akan sembuh. Sebab aku sendiri seorang bawahan, dan di bawahku ada pula prajurit. Jika aku berkata kepada salah seorang prajurit itu: Pergi!, maka ia pergi, dan kepada seorang lagi: Datang!, maka ia datang, ataupun kepada hambaku: Kerjakanlah ini!, maka ia mengerjakannya.” Setelah Yesus mendengar hal itu, heranlah Ia dan berkata kepada mereka yang mengikuti-Nya: “Aku berkata kepadamu, sesungguhnya iman sebesar ini tidak pernah Aku jumpai pada seorang pun di antara orang Israel. Aku berkata kepadamu: Banyak orang akan datang dari Timur dan Barat dan duduk makan bersama-sama dengan Abraham, Ishak dan Yakub di dalam Kerajaan Sorga, sedangkan anak-anak Kerajaan itu akan dicampakkan ke dalam kegelapan yang paling gelap, di sanalah akan terdapat ratap dan kertak gigi.” Lalu Yesus berkata kepada perwira itu: “Pulanglah dan jadilah kepadamu seperti yang engkau percaya.” Maka pada saat itu juga sembuhlah hambanya.

3. Ia adalah Kristus

Yohanes 4:50-54 Kata Yesus kepadanya: “Pergilah, anakmu hidup!” Orang itu percaya akan perkataan yang dikatakan Yesus kepadanya, lalu pergi. Ketika ia masih di tengah jalan hamba-hambanya telah datang kepadanya dengan kabar, bahwa anaknya hidup. Ia bertanya kepada mereka pukul berapa anak itu mulai sembuh. Jawab mereka: “Kemarin siang pukul satu demamnya hilang.” Maka teringatlah ayah itu, bahwa pada saat itulah Yesus berkata kepadanya: “Anakmu hidup.” Lalu ia pun percaya, ia dan seluruh keluarganya. Dan itulah tanda kedua yang dibuat Yesus ketika Ia pulang dari Yudea ke Galilea.

Yohanes 3:16 Karena begitu besar kasih Allah akan dunia ini, sehingga Ia telah mengaruniakan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya tidak binasa, melainkan beroleh hidup yang kekal.

Markus 11:22-25 Yesus menjawab mereka: “Percayalah kepada Allah! Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya barangsiapa berkata kepada gunung ini: Beranjaklah dan tercampaklah ke dalam laut! Asal tidak bimbang hatinya, tetapi percaya, bahwa apa yang dikatakannya itu akan terjadi, maka hal itu akan terjadi baginya. Karena itu Aku berkata kepadamu: apa saja yang kamu minta dan doakan, percayalah bahwa kamu telah menerimanya, maka hal itu akan diberikan kepadamu. Dan jika kamu berdiri untuk berdoa, ampunilah dahulu sekiranya ada barang sesuatu dalam hatimu terhadap seseorang, supaya juga Bapamu yang di sorga mengampuni kesalahan-kesalahanmu.”


Questions for Application

1. Apakah perbezaan di antara iman Krisis, iman keyakinan dan iman di dalam Allah? Adakah anda pernah melakukan sesuatu atau mengendalikan isu kehidupan tanpa mengetahui Yesus berada di atas kapal? Bagaimankah anda menyelesaikan ini?

2. Apakah yang harus kita lakukan untuk mendapati iman di dalam Allah? Apakah Langkah-langkah atau perubahan-perubahan yang akan anda lakukan untuk mencapai matlamat ini?

  • Sermon Date: September 19, 2021
  • Date Posted: September 16, 2021
  • God's Words: Download

Pastor's Message

Ramai diantara kita telah belajar untuk menggunakan media sosial untuk berhubung dengan keluarga dan sahabat handai. Walaupun dunia komunikasi semakin bertumbuh, tetapi semakin ramai orang yang telah diasingkan. Sebelum ini, kita sangat peka dan dapat merasakan perubahan emosi dan keadaan rohani antara sesama ketika kita berjumpa. Sekarang ketika kita bertemu secara dalam talian, ramai diantara kita yang memilih untuk memakai topeng untuk menyembunyikan kesakitan dan putus asa serta berusaha mengatasinya dalam diam. Sebab itulah kita mendengar banyak kes kemurungan yang berlaku sejak kebelakangan ini. Kemurungan mungkin terjadi akibat kehilangan orang yang mereka kasihi, kehilangan punca pendapatan, masalah kesihatan atau perubahan musim dalam hidup.

Kita dicipta untuk hidup sosial seperti gambaran Tuhan. Kita perlu hidup dalam komuniti. Ketika Yesus masih berada di dunia, Dia mempunyai sahabat baik seperti Lazarus, Maria dan Marta dimana Dia boleh menjalinkan perhubungan persahabatan dan bersekutu. Kita perlu mempunyai sahabat baik yang boleh kita cari ketika kita berada dalam kesunyian, tiada harapan dan ketika kita memerlukan pertolongan. Sebab itulah FCC mempunyai Kelompok Sel. Kelompok Sel haruslah menjadi tempat perlindungan dimana kita boleh menjadi diri kita sendiri dan tempat untuk mendapatkan pertolongan ketika kita berada dalam kesusahan.

Kita juga perlu memupuk perhubungan yang intim bersama Tuhan. Dia yang bertakhta di seluruh alam semesta. Semua berlaku seperti yang dirancang-Nya. Dialah yang memegang masa depan kita. Apabila kita meletakkan perhatian dan masalah kita kepada Tuhan, pandangan kita akan berubah. Datanglah kepada Yesus apabila anda merasa takut atau kecil hati. Seperti Yosua, ketika dia takut Musa berkata kepadanya,  “Tuhan sendiri akan memimpin kamu, dan Dia pulalah yang akan menyertai kamu. Dia tidak akan membiarkan kamu dan tidak akan meninggalkan kamu. Jangan takut dan jangan kecut hati.” Ulangan 31:8 (AVB)

Yesus berkata kepada murid-murid-Nya, “Segala ini Kukatakan kepadamu supaya kamu beroleh sejahtera di dalam Aku. Di dalam dunia kamu akan menghadapi penderitaan; tetapi tegapkanlah hatimu, kerana Aku telah menewaskan dunia.” Yohanes 16:33 AVB Berkawanlah dengan mereka yang memerlukan penjagaan dan perhatian, mungkin ada seseorang yang memerlukan bantuan anda. Marilah kita menjadi terang di tengah kegelapan dan dunia yang terdesak.

Sermon

MENGASIHI YANG LEMAH

Roma 14:1-15:1-13, Markus 8:27-38

1. Orang yang lemah

Roma 14:1 (AVB) Terimalah orang yang lemah imannya, tanpa menghakimi hal-hal yang boleh dipertikaikan.
Roma 14:3 (AVB) Namun demikian, orang yang makan semua jenis makanan janganlah menghina orang yang tidak makan sesuatu; dan orang yang tidak makan sesuatu janganlah menghakimi orang yang makan semua jenis makanan, kerana Allah telah menerima dia.
Roma 14:10b (AVB) Kita semua akan berdiri di hadapan takhta penghakiman Allah.

2. Berjalan dalam kasih

Roma 14:14b (AVB) Sesuatu menjadi najis bagi seseorang yang menganggapnya najis.
Roma 14:15b (AVB) Jangan mudaratkan sesiapa disebabkan makananmu, kerana Kristus telah berkorban nyawa untuk dia juga.

3. Memuliakan Allah

Roma 15:2 (AVB) Setiap orang antara kita haruslah menyukakan hati sesama saudaranya demi kebaikannya supaya dia menjadi teguh.
Mazmur 69-7-9 (AVB) Kerana-Mu aku telah menerima celaan, keaiban telah menyaluti mukaku. Aku telah menjadi orang asing kepada saudara-saudaraku, orang luar kepada anak-anak ibuku; kerana kasihku terhadap rumah-Mu membakar hatiku, lalu segala celaan daripada mereka yang mencela-Mu telah menimpaku.
Roma 15:5-6 (AVB) Semoga Allah yang memberikan kesabaran dan galakan, mengurniaimu perpaduan yang sama
terhadap satu sama lain, menurut Kristus Yesus. Dengan demikian dapatlah kamu dengan sebulat hati dan suara memuliakan Allah, Bapa Tuhan kita Yesus Kristus.
Roma 15:9-13 (AVB) Dan supaya bangsa-bangsa lain juga memuliakan Allah kerana belas kasihan-Nya, sebagaimana telah tersurat: “Kerana itulah Aku akan memuliakan-Mu dalam kalangan bangsa lain, menyanyikan pujian bagi nama-Mu.” Seterusnya dikatakan lagi: “Bergembiralah, semua bangsa, bersama umat-Nya!” Kemudian, “Pujilah Tuhan, hai semua bangsa! Pujilah Dia, hai kamu semua manusia!” Yesaya menyampaikan juga: “Tunas Isai akan muncul; Dialah yang bangkit memerintah bangsa-bangsa, kepada-Nyalah bangsa-bangsa akan menaruh harapan.”Semoga Allah, sumber harapan, memenuhi hatimu dengan kegembiraan dan kesejahteraan dalam iman, supaya kamu dilimpahi harapan dengan kuasa Roh Kudus.


Questions for Application

1. Kongsikan apakah perubahan dalam sikap anda setelah anda menjadi pengikut Kristus? Bagaimanakah anda melayani orang bukan Kristian agar mereka juga dimenangkan dalam Kristus?

2. Kongsikan apakah perkara-perkara yang pernah anda pertikaikan dengan orang lain tentang ‘amalan orang kristian’. Apakah hal-hal yang kurang penting yang mengancam untuk mengagalkan/ mengacaukan kesatuan antara sesama?

  • Sermon Date: September 12, 2021
  • Date Posted: September 11, 2021
  • God's Words: Download

Pastor's Message

Menemui destini anda

 “Sebelum Aku membentuk engkau dalam rahim ibumu, Aku telah mengenal engkau, dan sebelum engkau keluar dari kandungan, Aku telah menguduskan engkau, Aku telah menetapkan engkau menjadi nabi bagi bangsa-bangsa.” (Yeremia 1:5)

Mencari kepentingan nilai diri dan tempat kita dalam hidup adalah satu bahagian yang penting bagi kewujudan kita sebagai manusia. Hidup tanpa tujuan boleh menyebabkan kita berasa hidup ini tidak bermakna. Umat manusia mencari semua ini bila mengejar kejayaan dan pencapaian, dengan harapan bahawa mereka akan menemui destini hidup mereka, destini hasil ciptaan mereka sendiri.

Bagi Yeremia, Tuhan mengatakan bahawa Dia mengenalnya sebelum dia dibentuk secara fizikal. Sebelum Yeremia dikandung di dalam rahim ibunya, Tuhan mempunyai panggilan ke atas hidupnya, satu destini bagi hidupnya. Destini dan panggilan seseorang adalah tertulis di dalam rohnya. Sebelum wujudnya tubuh badan kita, Tuhan telah menentukan identiti dan destini kita. Tidak ada sesiapa yang dilahirkan ke dunia ini secara tidak sengaja, atau oleh kehendak manusia semata[1]mata, walaupun kadangkala kelihatan sedemikian. James Robison, seorang penginjil di televisyen (televangelist) yang telah mengubah kehidupan ramai orang selama 50 tahun lebih, membuktikan kebenaran yang luar biasa tersebut. Ibu James mengandungnya akibat dirogol. Ibunya ingin menggugurkannya, tetapi gagal. Dia bahkan mengiklankan agar James dijadikan anak angkat. Hidup James semasa membesar adalah dalam keadaan yang huru-hara dan masa depannya kelihatan sangat suram. Tetapi Tuhan tidak melupakan identiti dan destini yang Dia telah tulis di dalam rohnya. Selanjutnya, James hidup di dalam identitinya dan berjalan dalam destininya yang telah ditentukan oleh Tuhan, setelah dia mengenal Yesus secara peribadi.

Anda juga, mempunyai identiti dan destini yang ditulis oleh Tuhan di dalam roh anda. Anda tidak perlu mencipta destini anda sendiri dan cuba mencari panggilan anda dalam hidup. Semasa anda semakin dekat dengan Allah Bapa Surgawi anda, anda akan menemui identiti dan panggilan anda yang sebenar dalam hidup anda.

Ketika Yeremia akhirnya dipanggil oleh Tuhan untuk memenuhi panggilannya, Yeremia menjawab dengan mengatakan bahawa dia belum bersedia. Tuhan menyakinkannya dan “menaruhkan perkataan-perkataannya ke dalam mulutnya” agar dia dapat memenuhi panggilannya (Yeremia 1: 6-9). Apabila kita menyedari panggilan kita, kita mungkin rasa belum bersedia untuk menjawabnya. Kita perlu dilengkapi. Jawatankuasa Vokasyen Diosis berusaha untuk membantu anggota jemaah kita memahami panggilan mereka, dan mencadangkan cara melengkapi mereka yang telah menerima panggilan Tuhan untuk melayani Tuhan di Gereja-Nya.

Apa yang telah anda lalui pada masa lalu tidak menentukan masa depan anda. Masa depan anda berada di tangan Tuhan. Destini anda telah ditanam oleh Tuhan dalam roh anda. Pilihan yang anda buat dalam hidup anda akan menentukan sama ada anda akan berjalan dalam destini yang diberikan oleh Tuhan, ataupun masa depan yang dihasilkan oleh diri anda sendiri.

Pilihan itu sentiasa berada di dalam tangan anda. Pilihlah dengan bijak.

OLEH Rev. Canon Kenneth Thien
Pengerusi
Jawatankuasa Vokasyen Diosis

Sermon

HAL INI HARUS KAMU LAKUKAN

Roma 13:11-14, Markus 7:24-37

1. Mengetahui Waktu Sekarang

Roma 13:11-12a (AVB) Kamu tahu bahawa sudah sampai waktunya kamu bangun dari tidur, kerana kini penyelamatan lebih dekat lagi kepada kita daripada dahulu, ketika kita baru beriman. 12Malam sudah hampir berlalu, dan siang hampir tiba.

Roma 8:18 (AVB) Aku menganggap bahawa penderitaan kita sekarang terlalu kecil untuk dibandingkan dengan kemuliaan yang akan dinyatakan kepada kita.

2. Melakukan apa yang benar

Roma 13:12b-14 (AVB) Oleh itu, lucutkanlah segala kerja kegelapan dan kenakan kelengkapan senjata cahaya. Ikutlah tingkah laku yang wajar, sebagaimana orang berjalan pada siang hari. Jangan berpesta liar dan mabuk, jauhi noda dan pencabulan, singkirkan pergaduhan dan iri hati. 14Kenakan Tuhan Yesus Kristus sebagai kelengkapan senjata dan jangan hidup mengikut sifat tabii untuk memuaskan hawa nafsu.

2.1 Melucutkan segala kerja kegelapan
Roma 13:13b Jangan berpesta liar dan mabuk, jauhi noda dan pencabulan, singkirkan pergaduhan dan iri hati

2.2 Kenakan kelengkapan senjata cahaya
Roma 13:14 Kenakan Tuhan Yesus Kristus sebagai kelengkapan senjata dan jangan hidup mengikut sifat tabii untuk memuaskan hawa nafsu.

Efesus 6:12 (AVB) Sebabnya kita berlawan bukan dengan darah dan daging, tetapi dengan para penghulu dunia daripada kegelapan zaman ini, para pemerintah dan penguasanya, dan tentera roh iblis di udara.

Galatia 5:22-23 (AVB) …buah Roh ialah kasih, sukacita, damai sejahtera, kesabaran, kemurahan, kebaikan, kesetiaan, kelemahlembutan dan penguasaan diri.


Questions for Application

1. Pada pendapat anda, bilakah Yesus akan datang untuk kedua kali? Dengan kebenaran yang anda miliki, kongsikan bagaimanakah anda akan mengongsikan berita baik ini?

2. Kongsikan apakah perkara yang harus kita lepaskan serta yang harus kita pegang? Bagaimanakah anda mengongsikan kepada orang lain cara-cara untuk mengelakkan keinginan yang berdosa?

  • Sermon Date: September 5, 2021
  • Date Posted: September 3, 2021
  • God's Words: Download

Pastor's Message

Dalam kisah penciptaan, “Tuhan Allah mengambil manusia itu dan menempatkannya di dalam Taman Eden untuk mengerjakan serta memelihara taman itu.” Kejadian 2:15. “Mengerjakan serta memelihara taman itu” ialah tanggungjawab yang diamanakan kepada manusia. Kita perlu belajar untuk menjaga dunia yang kita duduki ini. Nasib dan kesejahteraan kita bergantung dengan keadaan kesihatan persekitaran. Tumbuhan memerlukan karbon dioksida untuk menghasilkan oksigen. Sesetengah tumbuhan memecahkan partikel-partikel toksin di persekitaran kita. Setiap hari, keputusan atau tindakan kita mempengaruhi air dan udara yang kita perlukan.

Kita mungkin berasa tidak senang akan hal ini. Kita berpendapat bahawa ini ialah tanggungjawab orang lain (Hal ehwal alam sekitar). Ketidakpedulian dan ketidakaktifan membawa kepada perubahan iklim. Kawasan padang pasir semakin besar. Bencana alam semakin aktif berlaku. Apakah yang Tuhan hendak katakan kepada kita?

Ramai orang mengambil cabaran untuk menanam buah-buahan dan sayur mereka sendiri. Yang lain pula menjadikan menanam pokok dan bunga-bunga sebagai sebuah hobi. Kertas yang dicarik-carik dan sisa-sisa sayur dijadikan baja kompos dan digunakan untuk menanam tanaman organik. Air yang digunakan dalam mesin pencuci boleh digunakan untuk menyiram tanaman. Ia dapat membantu menghasilkan tanaman yang sihat dan mengurangkan sisa kimia yang dibuang ke laut. Minyak masak terpakai boleh dijual dan dikitar semula untuk menghasilkan bahan api bio.

Usahakan untuk mengurangkan penggunaan kuasa yang menyumbang kepada pemanasan global. Bertukarlah kepada lampu LED yang menggunakan hanya sedikit tenaga elektrik. Didiklah keluarga kita untuk mengitar semula bahan terpakai demi kepentingan sumber alam kita. Bawalah beg guna semula ketika membeli barang untuk mengurangkan penggunaan plastik. Belilah produk yang terhasil daripada gelas yang boleh diguna semula. Marilah kita lakukan tanggungjawab kita yang akan membawa kepada perubahan kepada keadaan dunia kita.

Saya telah berusaha untuk menghasilkan sebuah taman di belakang gereja kita dan menanam pokok-pokok di sekitar gereja kira. Akibat pandemik ini, tumbuh-tumbuhan tersebut terabai. Saya diingatkan untuk “mengerjakan serta memelihara.” Tidak ada yang tidak perlukan penyelenggaraan. Kita perlu sentiasa berdisiplin untuk “mengerjakan serta memelihara”. Kita perlu menjadi penatalayanan yang baik  untuk semua yang Tuhan sudah percayakan kepada kita. Saya diingatkan oleh sebuah kidung agung yang lama,

Inilah dunia Bapaku.

Di telinga kudengar

musik indah di sekitarku,

lagu alam semesta.

Ini dunia Bapaku,

di anganku nyatalah

bukit, lurah, langit, samudera,

karya agung tangan-Nya.

 

Ini dunia Bapaku.

Siul burung terdengar,

fajar pagi, bakung merekah

mengagungkan Khaliknya.

Ini dunia Bapaku,

disinari cah’ya-Nya;

di tengah desau rerumputan

suara Allah kudengar.

 Tuhan ialah Pencipta. Dia boleh memulihkan semuanya. Dia boleh menyelamatkan dunia. Marilah kita lakukan bahagian kita untuk menjaga dunia ini sebagai seorang penatalayanan yang baik.

 

Sermon

KASIHI SESAMAMU

Roma 13:8-10, Markus 7:1-8, 14-15, 21-23

1. Hutang yang tidak terbayarkan

Roma 13:8a Janganlah kamu berhutang apa-apa kepada siapapun juga, tetapi hendaklah kamu saling mengasihi…

2. Memenuhi hukum taurat

Roma 13:8b …Sebab barangsiapa mengasihi sesamanya manusia, ia sudah memenuhi hukum Taurat.

Roma 8:3-4 Sebab apa yang tidak mungkin dilakukan hukum Taurat karena tak berdaya oleh daging, telah dilakukan oleh Allah. Dengan jalan mengutus Anak-Nya sendiri dalam daging, supaya tuntutan hukum Taurat digenapi di dalam kita, yang tidak hidup menurut daging, tetapi menurut roh.

3. Tidak berbuat jahat

Roma 13:10 Kasih tidak berbuat jahat terhadap sesama manusia, karena itu kasih adalah kegenapan hukum Taurat.”


Questions for Application

1. Apakah yang anda faham tentang kasih ialah penggenapan hukum taurat? Apakah satu perkara yang anda ingin lakukan untuk menunjukkan kasih terhadap ‘jiran’ anda?

2. Apakah yang anda faham tentang ‘Kasihilah sesama manusia sebagaimana kamu mengasihi dirimu sendiri.’ Apakah hutang kasih yang kita miliki?

  • Sermon Date: August 29, 2021
  • Date Posted: August 28, 2021
  • God's Words: Download

Pastor's Message

Keadaan Afganistan kembali menjadi huru hara setelah tentera Amerika berundur selepas 20 tahun berkhidmat disana. Pastinya iman para penginjil dan orang-orang percaya akan diuji. Namun ramai yang tetap bertahan. Ada yang meninggal dunia kerana mempertahankan iman mereka. Marilah kita terus berdoa supaya akan ada sinar pengharapan di tengah-tangah situasi ini. Sebagaimana tersurat dalam Kitab Suci, “Sesiapa yang percaya kepada-Nya tidak akan diaibkan.” (Roma 10:11 AVB)

Manusia boleh menggagalkan kita apabila keadaan menjadi sukar. Tetapi Tuhan tidak pernah menggagalkan kita. Apabila kita berada dalam keadaan yang memerlukan atau bahaya, kita boleh berseru kepada-Nya. Kita boleh bergantung kepada-Nya. Dialah yang bersama dengan orang Ibrani yang berada di Mesir dan membebaskan mereka dari perhambaan. Dialah yang bersama Daniel dan tiga orang sahabat Daniel ketika mereka dibawa ke Babilonia. Dia bersama dengan orang-orang Kristian gereja awal apabila mereka dianiaya oleh pemimpin mereka dan orang-orang Roma. Tuhan tetap sama kemarin, hari ini dan selama-lamanya. Dia ada bersama kita.

Dengan keadaan yang berlaku dalam negara kira, mudah bagi kita untuk memikirkan atau melakukan tindakan yang negatif. Tetapi marilah kita dipimpin oleh firman Tuhan dengan membiarkan Tuhan bertindak terhadap apa yang kita fikirkan, apa yang menyukarkan kita, apa yang menyebabkan kita marah dan yang mengecewakan kita. (Mazmur 34:15 AVB) “Kerana mata Tuhan tertuju kepada orang yang benar dan telinga-Nya mendengar rayuan mereka”. Marilah kita menjaga lidah dan bibir kita daripada kata-kata yang jahat. Jauh daripada kejahatan dan melakukan yang baik, mencari kedamaian dan mengejarnya. (Mazmur 34:13-14) . Rasakan dan lihatlah kebaikan Tuhan.

Dalam kata pengantar, Berhenti dari berjuang, Rev Dr Eu Hong Seng (Pengerusi NECF) menulis: Kita boleh bertenang kerana Dialah perlindungan kita, kekuatan kita dan pertolongan yang selalu ada pada saat kesusahan (Mazmur 46:1) Tuhan kita hadir di tengah-tengah umat-Nya dan pertolongan Tuhan kita lebih besar daripada apa pun krisis.

Kita dapat bertenang kerana Dialah “Yehovah Saboath”,  Tuhan semesta alam (ayat 7). Dia ialah panglima tentera, baik tentera umat-Nya mahupun tentera syurga. Dia ialah Tuhan dari segala kekuatan dan kemuliaan. Tuhan yang mulia ini menyertai kita, umat-Nya

“Diamlah dan ketahuilah, bahawa Akulah Allah” bukanlah panggilan untuk hidup dalam bertafakur, meskipun itu penting. Sedarilah bahawa Tuhan pada dasarnya berkata, “Letakkan tanganmu, berserahlah dan akui bahawa Akulah satu-satunya yang dapat memberikan kemenangan yang pasti”

Marilah kita tetap bertenang dan ketahuilah bahawa Tuhan itu ialah Tuhan.

 

Sermon

KASIH BUKAN BENCI

Roma 12:17-21 (TB) Janganlah membalas kejahatan dengan kejahatan; lakukanlah apa yang baik bagi semua orang! Sedapat-dapatnya, kalau hal itu bergantung padamu, hiduplah dalam perdamaian dengan semua orang! Saudara-saudaraku yang kekasih, janganlah kamu sendiri menuntut pembalasan, tetapi berilah tempat kepada murka Allah, sebab ada tertulis: Pembalasan itu adalah hak-Ku. Akulah yang akan menuntut pembalasan, firman Tuhan. Tetapi, jika seterumu lapar, berilah dia makan; jika ia haus, berilah dia minum! Dengan berbuat demikian kamu menumpukkan bara api di atas kepalanya. Janganlah kamu kalah terhadap kejahatan, tetapi kalahkanlah kejahatan dengan kebaikan! 

Roma 12:14 (TB) Berkatilah siapa yang menganiaya kamu, berkatilah dan jangan mengutuk! 

Mengapa kita benci?

Kita membenci kerana identity atau keperibadian kita direndahkan nilai diri, dinafikan, dihina atau ditolak, apabila kita dicabul.

Perkembangan terhadap kebencian

  • Tersinggung, terluka
  • Marah
  • Kepahitan dan dendam
  • Kebencian
  • Kejahatan

Kejahatan menentang segala yang saleh dan mencabuli segala kebaikan

Efesus 4:26-27 (TB) Apabila kamu menjadi marah, janganlah kamu berbuat dosa: janganlah matahari terbenam, sebelum padam amarahmu dan janganlah beri kesempatan kepada Iblis.

Kebencian menajiskan seorang peribadi dan memodifikasikan tindakbalas emosi, sikap dan tindaklaku kita

Yohanes 2:9-11 (TB) Barangsiapa berkata, bahwa ia berada di dalam terang, tetapi ia membenci saudaranya, ia berada di dalam kegelapan sampai sekarang. Barangsiapa mengasihi saudaranya, ia tetap berada di dalam terang, dan di dalam dia tidak ada penyesatan. Tetapi barangsiapa membenci saudaranya, ia berada di dalam kegelapan dan hidup di dalam kegelapan. Ia tidak tahu ke mana ia pergi, karena kegelapan itu telah membutakan matanya. 

Bukan saja kita perlu keluar daripada kegelapan, kegelapan perlu dikeluarkan daripada kita

Penawar bagi kebencian adalah kasih

1 Yohanes 4:19 (TB) Kita mengasihi, karena Allah lebih dahulu mengasihi kita. 

Kasih menyucikan kita daripada penajisan kebencian

  • Tersinggung, terluka – pengampunan/pemaafan, kesembuhan
  • Marah – damai sejahtera
  • Kepahitan dan dendam – percaya Allah yang Adil akan membalas dan membela
  • Kebencian – kasih
  • Kejahatan – kebaikan

Roma 5:5 (TB) Dan pengharapan tidak mengecewakan, karena kasih Allah telah dicurahkan di dalam hati kita oleh Roh Kudus yang telah dikaruniakan kepada kita. 


Questions for Application

1. Mengapa pentingnya bagi kita mengasihi dan bukan membenci, mengatasi kejahatan dengan kebaikan?

2. Berkongsi satu sama lain suatu pergumulan yang anda alami antara kasih dan kebencian. Berdoa dan meminta pertolongan Tuhan dan menjemput Roh Kudus bercampurtangan dalam situasi tersebut.

  • Sermon Date: August 22, 2021
  • Date Posted: August 20, 2021
  • God's Words: Download

Pastor's Message

“Lalu pergilah Daud dari situ ke gua Adulam demi menyelamatkan diri. Maka para saudaranya dan seluruh keluarganya yang mendengar hal itu turut pergi ke sana untuk bersama-samanya. Semua orang yang ada dalam kesesakan, yang berhutang, dan yang sakit hati juga datang berkumpul bersama-samanya, dan dia menjadi ketua mereka. Ada kira-kira empat ratus orang lelaki yang menyertainya.” 1 Samuel 22:1-2 (AVB)

Gua melambangkan jawapan kepada keperluan rohani. Daud mencari perlindungan di sebuah gua yang terletak di belantara akibat orang-orang yang hendak melawannya. Tuhan bersama-sama dengan Daud.

Keadaan kita masa kini dikelilingi oleh bahaya. Kita perlu meletakkan kepercayaan kepada Tuhan bahawa Dialah yang menyediakan tempat perlindungan yang selamat buat kita.

Dalam setiap situasi, kita tidak berseorangan kerana Tuhan menyediakan orang-orang yang bersama dengan kita. Daud mempunyai keluarga dan orang-orang yang memerlukan di sekelilingnya. Kelompok sel ialah tempat dimana kita boleh mengalami pengalaman seperti Daud — Tuhan menyediakan orang-orang disekeliling kita, Tuhan juga menggunakan kita untuk menjadi orang yang mendampingi orang lain, dan menjadi orang-orang yang saling mendampingi untuk satu sama lain. Kelompok Sel adalah keluarga di mana semua orang merasa dimiliki.

Kisah Para Rasul merekodkan kepada kita keadaan gereja awal “Ketika itu semua yang beriman tetap bersatu dan berkongsi segala yang ada pada mereka, serta menjual harta benda mereka lalu membahagikannya antara mereka menurut keperluan seseorang. Demikianlah setiap hari mereka di Bait Suci dengan satu hati, dan membahagi roti dari rumah ke rumah, lalu memakan rezeki mereka dengan sukacita dan tulus hati, sambil memuji Allah dan menerima rasa muhibah daripada semua orang. Setiap hari Tuhan menambah bilangan jemaah mereka itu dengan orang yang diselamatkan.” Kisah Para Rasul 2:44-47 (AVB)

Kita mungkin tidak dapat bertemu secara fizikal untuk musim ini. Tetapi jangan biarkan ada halangan yang menghentikan kita untuk mengambil berat antara satu sama lain. Jangan berhenti memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Jangan bersikap tidak peduli terhadap orang lain dan jangan berhenti berusaha untuk satu sama lain. Tuhan ada bersama dengan kita di setiap musim. Semoga Tuhan menjadikan Kelompok Sel kita sebagai sebuah “gua” untuk orang ramai, dan menjadi tempat untuk mencari Tuhan dan mengalami perlindungan daripada-Nya dan sebagai sebuah keluarga.

Sermon

KELUARGA KITA

Roma 12:9-16, Yohanes 6:51-58

Roma 12:9-13 (AVB) Kasih hendaklah bersih daripada pura-pura. Bencilah kejahatan. Berpeganglah kepada kebaikan. Hendaklah kamu bersikap baik dan mengasihi sesama sendiri dengan kasih persaudaraan, serta saling menghormati dan mengutamakan; jangan biarkan kerajinanmu berkurangan; hendaklah semangat rohanimu tetap berkobar-kobar; sentiasa abdikan diri kepada Tuhan. Bergembiralah dalam harapan, tabah menghadapi kesusahan, dan terus-menerus berdoa. Berilah bantuan untuk memenuhi keperluan orang salih, dan berikan tempat menumpang.

1. Kasih yang tulus

1.1 Kasih (agape) hendaklah tulus/ bersih daripada kepura-puraan
1.2 Bencilah kejahatan
1.3 Berpeganglah kepada kebaikan
1.4 Hendaklah kamu bersikap baik dan mengasihi sesama sendiri dengan kasih persaudaraan
1.5 Saling menghormati dan mengutamakan

2. Mengungkapkan kasih

2.1 Jangan biarkan kerajinanmu berkurangan

– mengenal pasti kepentingan sesuatu misi
– sedar akan kepentingan kesihatan kita
– sedar bahawa kita boleh melakukan perkara

2.2 Hendaklah semangat rohanimu tetap berkobar-kobar
2.3 Sentiasa abdikan diri kepada Tuhan
2.4 Bergembiralah dalam harapan
2.5 Tabah menghadapi kesusahan
2.6 Terus-menerus berdoa
2.7 Berilah bantuan untuk memenuhi keperluan orang salih
2.8 Berikan tempat menumpang

 


Questions for Application

1. Kongsikan apakah sikap jahat yang harus kita benci dan apakah satu perkara baik yang anda ingin terus pegang?
2. Apakah tindakan praktikal untuk menunjukkan kasih yang disenaraikan oleh Paulus? Kongsikan satu tindakan praktikal yang anda ingin lakukan?

  • Sermon Date: August 15, 2021
  • Date Posted: August 13, 2021
  • God's Words: Download

Pastor's Message

Taman yang dijaga dengan rapi sangat menyenangkan apabila dilihat. Ia merupakan sebuah taman rekreasi dan tempat untuk menenangkan minda. Setiap petang saya luangkan kira-kira satu jam untuk merapikan laman rumah saya. Saya juga belajar banyak perkara kerohanian ketika melakukannya.

Untuk menghasilkan laman yang cantik, rumput asing hendaklah dibuang. Rumput asing ini sukar untuk dimusnahkan. Jika rumput tersebut hanya dipotong pendek, ia akan tumbuh dengan lebih subur berbanding dengan tanaman yang anda sedang jaga. Kita perlu mencari rumput asing tersebut dan mencabut keluar sehinggalah ke akarnya. Usaha ini perlu dilakukan secara berkala dan konsisten. Selepas beberapa waktu, kita akan mula melihat hasilnya.

Dalam perjalanan kita bersama Tuhan, kita perlu untuk meluangkan masa dengan-Nya setiap hari. Dalam kesibukan kita, luangkan masa untuk membaca firman Tuhan, merenungkan firman-Nya dan berdoa. Kita perlu mengkhususkan masa setiap hari untuk mendengar Dia berbicara dalam kehidupan, situasi dan sekeliling kita. Biarlah firman-Nya mengawal minda kita, memimpin cara kita bertutur serta bertindak. Cabutlah ‘rumput asing’ yang ada dalam hidup kita. Yesus telah mengajar kita, salah satu ‘rumput asing’ yang ada dalam hidup kita ialah kebimbangan dan kegelisahan. ‘Rumput asing’ yang lain pula ialah tipu daya kekayaan dan keinginan dunia. ‘Rumput asing’ yang mencuri masa dan mengikat kita.

Setiap hari ketika saya merapikan laman saya, saya kagum ketika melihat rumput asing yang tumbuh walaupun hanya selepas beberapa hari dicabut. Ianya sama seperti kehidupan kita. Kita perlu bekerja setiap hari untuk bahagian-bahagian yang lemah, yang telah gagal.

40 hari doa dan puasa anjuran NECF bermula 7 Ogos sehingga 15 September. Bersama-sama sebagai sebuah gereja, marilah kita masuk ke musim ini, doa dan puasa untuk negara kita. Muat turun salinan digital di pautan berikut https://www.necf.org.my/eventsmaster.cfm?&menuid=13&action=viewevent&retrieveid=462

Isi kandungan perjalanan 40 hari memberi kita gambaran yang mengujakan- Berhenti berjuang, Mengenal pasti jalan untuk Masa hadapan dan Jadilah Pemenang yang Bangkit Atas Badai.

Renungan dan doa harian
Hari 1-5: Datanglah
Hari 6-10: Pertaubatan
Hari 11-15: Kenalilah Siapa itu Tuhan
Hari 16-20: Kenalilah Karya-Nya ( Masa lalu)
Hari 21-25: Kenalilah Karya-Nya (Masa Kini)
Hari 26-30: Kenalilah Karya-Nya (Masa Depan)
Hari 31-35: Kenalilah Firman-Nya
Hari 36-40: Cara praktikal untuk Diam

Rev Dr Eu Hong Seng (Pengerusi NECF) mendorong kita,
Pada masa-masa yang penuh pergolakan ketika dunia bergelut dengan krisis kesihatan, ekonomi dan kewangan, harus memperhatikan apa yang Tuhan katakan kepada kita dalam Mazmur 46:10, “Diamlah dan ketahuilah, bahwa Akulah Allah!.”

Sermon

KURNIA-KURNIA KITA

Roma 12:3-8, Yohanes 6:35, 41-51

Roma 12:6 (AVB) Kita mempunyai kurnia yang berlainan menurut kasih kurnia yang diberikan kepada kita.

Roma 12:6b-8 (AVB) Kurnia untuk bernubuat, maka bernubuatlah menurut kadar iman kita; kalau untuk melayani, gunakanlah dalam pelayanan kita; jika untuk mengajar, gunakanlah dalam pengajaran. Orang yang dianugerahi kurnia untuk menasihati, hendaklah dia menggunakannya dalam memberikan nasihat; kalau untuk memberi, lakukanlah dengan murah hati; kiranya untuk memimpin, berilah pimpinan dengan bersungguh-sungguh; dan jika untuk menunjukkan belas kasihan, lakukanlah dengan sukacita.

1. Merendahkan Hati

Roma 12:3 (AVB) Aku berkata kepada setiap orang daripadamu, melalui kasih kurnia yang diberikan kepadaku: Janganlah nilai dirimu lebih tinggi daripada sepatutnya, sebaliknya nilailah dirimu sewajarnya,

2. Tetaplah Setia

Roma 12:3 (AVB) Aku berkata kepada setiap orang daripadamu, melalui kasih kurnia yang diberikan kepadaku: Janganlah nilai dirimu lebih tinggi daripada sepatutnya, sebaliknya nilailah dirimu sewajarnya, selaras dengan kadar iman yang telah diberikan Allah kepada setiap orang.”

3. Bersatu

Roma 12:5 (AVB) begitu jugalah kita yang ramai ini, semuanya anggota satu tubuh dalam Kristus, dan saling memiliki.


Questions for Application

1. Kongsikan mengapa sangat penting untuk menilai diri kita dengan sewajarnya? Kongsikan bagaimana anda boleh menggunakan kurnia anda untuk memberkati gereja.

2. Kongsikan apakah kurnia yang anda paling inginkan dan mengapa? Jika anda diberi satu pilihan, apakah kurnia yang paling diperlukan dan bagaimana menggunakannya dalam gereja?

  • Sermon Date: August 8, 2021
  • Date Posted: August 5, 2021
  • God's Words: Download